Terkenangkan Mu

Kak,

Tak kira Kak di mana sekarang, Stella harap dan berdoa agar Kak dan keluarga sihat selalu. Stella berdoa agar mak dan adik beradik Kak sihat walafiat sentiasa dan diberkati oleh Tuhan. Sudah lebih kurang lima belas tahun Stella tak jumpa Kak.

Bagaimana rasanya rupa Kak sekarang? Adakah masih sama seperti dalam ingatan Stella? Ataupun Kak sudah kelihatan tua?

Sering kali tertanya dalam hati, adakah Stella dan Rebecca masih dalam hati Kak lagi? Kerana Stella ingat lagi akan kehadiran Kak dalam hidup Stella ini. Kadang kala Stella terasa takut teramat. Takut yang satu hari nanti Stella akan terlupa akan kehadiran Kak.

Kali terakhir kita berhubung masih jelas dalam ingatan Stella. Sudah terpahat dan tidak akan dilupakan walaupun masa itu Stella masih lagi kecil. Berulang kali Stella memainkan perbualan terakhir kita. Terasa begitu menyesal kerana Kak tidak diberitahu bahawa Stella amat menyayangi Kak. Maafkan Stella, masih kecil lagi masa itu dan tidak mengerti lagi makna perpisahan.

Agaknya bagaimana keadaan hidup Kak sekarang? Adakah Kak sudah berkahwin? Sudahkah Kak dikurniakan cahaya mata? Jika ya, berapa umurnya anak Kak itu? Dan Stella harap anak Kak tahu betapa bertuahnya dia mempunyai seorang ibu yang garang tetapi penyayang, tegas tetapi pemaaf dan penyabar. Begitulah Kak dalam ingatan Stella.

Jikalau diizinkan, Stella ingin kembali ke waktu ketika Kak masih lagi tinggal bersama Stella. Tetapi, impian tetap impian. Masa yang berlalu tidak akan kembali.

Ada satu perkara ingin Stella luahkan setelah lama disimpan di dalam hati. Tak lama selepas Kak pergi, meninggalkan kami yang masih kecil, Stella selalu berharap agar Kak akan kembali. Bermimpi yang Kak akan muncul di hadapan rumah dan berkata bahawa Kak tidak akan balik ke sana lagi. Itu merupakan suatu lawak jenaka. Mimpi seorang budak. Mimpi tetaplah mimpi.

Kak,

Stella dan Rebecca sudah besar. Rebecca masih belajar, moga moga dapat tamat pengajian dalam setahun dua lagi. Stella sudahpun genap setahin bekerja. Mummy dan Daddy masih lagi ingat akan Kak dan kami juga akan tertawa bila mengimbas kembali kenangan bersama Kak. Oh ya, Stella dan Rebecca ada seorang lagi adik, namanya Esther. Sudah berumur sembilan sekarang. Banyak yang telah berlaku semenjak Kak pergi.

Bila Kak akan kembali? Sehingga kini Stella masih lagi berharap akan nampak Kak muncul di depan pintu rumah kita. Harapan itu masih ada. Kehadiran Kak sentiasa dialu alukan.

“Dalam tak sedar ku kebasahan”
-Gerimis Mengundang oleh Slam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s